Apple sebelum ini sedia hadir dengan beberapa produk mereka dibawah penawaran (Product) RED, termasuk iPhone 7 pada tahun lepas. Untuk tahun ini, Apple dijangka meneruskan penawaran berkenaan untuk keluarga siri iPhone 8, dan dikatakan mungkin diumumkan seawal minggu ini.
Dengan penawaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dalam pilihan warna merah, ia sekaligus memberikan lebih pilihan kepada pengguna dalam mendapatkan telefon pintar Apple berkenaan. Ia tidak diketahui lagi sama ada iPhone X turut akan ditawarkan dalam pilihan warna berkenaan ataupun sebaliknya.
Apple sebelum ini menyediakan penawaran beberapa produk dibawah (RED), dimana setiap pembelian akan menyumbang sedikit dana kepada program mengatasi HIV/AIDS.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dalam pilihan warna merah ini dalam sehari dua ini.