Isu-isu dengan Facebook masih belum reda dan pelbagai langkah sekuriti telah diberikan oleh Facebook untuk pengguna menjaga privasi mereka. Terkini, Mark Zuckerberg dan beberapa eksekutif dilihat menggunakan fungsi “unsend” pada Facebook Messenger yang membolehkan mesej yang dihantar ditarik semula.
Menurut laporan Techcrunch sewaktu bertemu dengan wakil Facebook, Mark Zuckerberg dan para eksekutif bukan sahaja boleh menarik semula mesej dihantar tetapi kesemua perbualan yang pernah mereka lakukan. Kewujudan fungsi ini hanya diketahui kewujudannya di dalam laporan Techcrunch
Perkara ini menimbulkan kemarahan orang ramai marah kerana dilihat seolah-olah mereka membuang bukti mengenai isu-isu data Facebook ini. Oleh yang demikian, Facebook kini bercadang untuk memberikan fungsi menarik semula mesej kepada semua pengguna dalam masa terdekat.
Dengan pengumuman fungsi “unsend” ini ia membuatkan Mark Zuckerberg seolah sebagai penguji beta untuk ciri ini dan terus menjadikan beliau seolah tidak bersalah dalam memadam dan menarik balik segala perbualan beliau.
Facebook turut berkongsi di mana ciri ini sudah pun diuji dan dalam perancangan untuk dilancarkan sebelum ini. Pengguna boleh menetapkan masa sesuatu mesej akan dipadam secara automatik.
Sementara mereka menyediakan fungsi ini, mereka berjanji mereka tidak lagi akan memadam mesej yang dihantar Mark Zuckerberg dan para eksekutif yang lain.