Carian
Google Play Store Kini Memaparkan Info Perubahan Dan Kemaskini Terus Pada Halaman My Apps & Games
April 9, 2018 Aman

Google Play Store kini telah mula memaparkan kemaskini dan perubahan (changelog) terus pada halaman My Apps & Games, sekaligus memudahkan lagi pengguna mengetahui apakah perubahan baru pada sesuatu aplikasi dengan mudah berbanding sebelumnya.

Google Play Store

Jikalau sebelum ini, pengguna akan perlu ke halaman setiap aplikasi berkenaan untuk melihat apakah perubahan baru. Dengan kemaskini baru ini, pengguna boleh melihat pelbagai perubahan pada halaman setempat – sekaligus memudahkan lagi proses pengguna mengetahui perubahan pada versi terbaru sesuatu aplikasi.

Bagi anda yang menggunakan peranti Android, anda sudah boleh melihat perubahan pada Play Store ini di halaman My Apps & Games.

Komen