Aplikasi Puppemoji Untuk iPhone X Mengubah Wajah Pengguna Menjadi Watak Anime

Aplikasi Puppemoji Untuk iPhone X Mengubah Wajah Pengguna Menjadi Watak Anime

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Kamera hadapan iPhone X adalah unik kerana mempunyai sistem imbasan tiga dimensi. Wajah pengguna dipetakan dengan terperinci bagi membolehkan sistem Animojo menghasilkan animasi yang realistik. Sekiranya Animoji kurang menarik bagi anda, terdapat aplikasi baru Puppemoji yang boleh mengubah wajah anda menjadi watak anime.

Aplikasi khusus untuk iPhone X ini menawarkan tiga watak anime, tiga topeng haiwan kartun dan beberapa lagi topeng tambahan. Bukan sahaja wajah dapat diubah, malah tubuh pengguna juga boleh menjadi seperti watak animasi menggunakan aplikasi ini. Suara pengguna juga boleh diubah menerusi aplikasi ini ketika melakukan rakaman video.

Tidak seperti Animoji, Puppemoji tidak menghadkan tempoh rakaman video. Tetapi kami menyedari iPhone X menjadi agak panas apabila aplikasi ini digunakan. Puppemoji boleh dimuat turun secara percuma menerusi pautan di bawah.

Muat turun aplikasi Puppemoji dari App Store


TIPS & ULASAN