Malwarebytes Memperkenalkan Perisian Keselamatan Endpoint Protection and Response Untuk Perniagaan

Malwarebytes Memperkenalkan Perisian Keselamatan Endpoint Protection and Response Untuk Perniagaan

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Salah satu masalah terbesar yang sering membelenggu perniagaan dan syarikat bersaiz sederhana dan besar ialah memastikan bahawa komputer-komputer dan peranti para pekerja mereka sentiasa selamat daripada ancaman godaman.

Sebuah laporan dari ESG Global menyatakan bahawa kebanyakan pakar keselamatan digital menyatakan bahawa keselamatan digital diantara masalah paling besar yang membelenggu perniagaan dan syarikat kerana mereka tidak mempunyai kepakaran yang mencukupi untuk mengesan dan membendung masalah sekuriti digital seperti godaman dan juga pencurian data yang boleh merosakkan perniagaan syarikat-syarikat ini.

 

Malwarebytes, melalui perisian keselamatan Endpoint Protection and Response, hadir dengan beberapa ciri yang bukan sahaja membantu syarikat-syarikat melindungi komputer mereka daripada serangan penggodam, tetapi juga memudahkan para pekerja IT di syarikat-syarikat tersebut untuk mengawasi komputer-komputer dengan mudah.

Diantara ciri-ciri yang hadir termasuklah:

  • Konsol kawalan tunggal yang juga hadir dengan teknologi awanan.
  • Pantauan komputer-komputer didalam syarikat – Aktiviti sistem, cakera keras, rangkaian dalaman dan sebagainya boleh dilihat.
  • Komputer yang digodam boleh dikenalpasti dengan cepat, dan boleh diasingkan daripada rangkaian dengan mudah.
  • Perlindungan daripada serangan perisian hasad. Pentadbir IT boleh memulihkan kembali data komputer kepada waktu sebelum komputer tersebut terkena dengan serangan godaman perisian hasad tersebut.
  • Perisian Malwarebytes Endpoint Protection and Response ini juga hadir dengan sistem pembelajaran mesin dimana ia dapat mempelajari fail-fail manakah yang mempunyai perisian hasad dan yang mana tidak melalui fail-fail yang disahkan selamat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Malwarebytes Endpoint Protection.


TIPS & ULASAN