Kedai Jualan Xiaomi Bakal Dibuka Di One Utama Mei Ini

Kedai Jualan Xiaomi Bakal Dibuka Di One Utama Mei Ini

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Xiaomi menawarkan produk pada harga amat mampu milik kerana tiadanya promosi besar-besaran dan jualan yang dahulunya eklusif secara atas talian. Tetapi mereka menyedari pelanggan peranti pintar ingin mencuba dahulu peranti sebelum dibeli. Oleh itu kedai jualan mula dibuka di Malaysia sejak tahun lalu bermula di Pulau Pinang.

Sebuah lagi kedai jualan Xiaomi akan dibuka kali ini di One Utama. Ini disahkan menerusi laman Facebook DirectD yang akan membuka stor khas untuk peranti-peranti Xiaomi di pusat membeli belah terbesar ketujuh terbesar di dunia ini.

Selain One Utama, kedai Xiaomi juga sudah dibuka di Suria KLCC, dan IOI City Mall di Lembah Klang.


TIPS & ULASAN