Pengecas Tanpa-Wayar Xiaomi Melepasi Pengesahan Sirim

Diterbitkan pada Apr 9, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pelbagai produk teknologi akan melalui pengesahan Sirim terlebih dahulu sebelum ia dipasarkan untuk pasaran tempatan. Terkini, selain daripada Xiaomi Redmi Note 5, satu lagi produk baru yang telah melepasi pengesahan Sirim adalah pengecas tanpa-wayar daripada Xiaomi.

Pengecas tanpa-wayar daripada Xiaomi ini telah diperkenalkan pada penghujung Mac lepas, bersama-sama pelancaran Mi Mix 2S.

Ia hadir dengan rekaan bulat, menyokong piawaian pengecasan Qi pada kelajuan 7.5W. Dengan sokongan piawaian Qi, ia sekaligus membolehkan pelbagai telefon pintar yang menyokongnya turut digunakan bersama pengecas Xiaomi ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pengecas tanpa-wayar ini akan ditawarkan, dan berapakah harga jualannya untuk pasaran tempatan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami