Acer Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Komputer Riba Bertemakan Marvel’s Avengers

Acer Malaysia Membuka Pendaftaran Minat Untuk Komputer Riba Bertemakan Marvel’s Avengers

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Acer Malaysia kini mengesahkan yang mana mereka bakal melancarkan tiga komputer riba Acer terbaru dengan bertemakan Marvel’s Avenges : Infinity War untuk pasaran tempatan tidak lama lagi. Bersempena dengannya, kini Acer Malaysia telah membuka pendaftaran minat untuk para pengguna tempatan.

Acer Marvel

Tiga komputer riba yang akan ditawarkan adalah Swift 3 : Iron Man Edition, Nitro 5 : Thanos Edition, dan juga Aspire 6 : Captain America Edition. Ketiga-tiga hadir dengan rekaan khusus, selain mana Acer turut menyediakan hadiah pra-tempahan untuknya dalam bentuk patung figura dan juga beg.

Acer Malaysia membuka pendaftaran minat sehingga 17 April kelak, sekaligus memperlihatkan ia akan dilancarkan kepada umum secara rasminya pada minggu hadapan.

Kita mungkin akan mengetahui lanjut mengenai penawaran spesifikasi dan harga jualan rasminya tidak lama lagi. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, boleh mendaftar minat melalui halaman khusus yang disediakan oleh Acer Malaysia hari ini.


TIPS & ULASAN