Tablet HP Chromebook x2 Diperlihatkan Sebagai Pesaing iPad Pro
HP

Tablet HP Chromebook x2 Diperlihatkan Sebagai Pesaing iPad Pro

Diterbitkan pada Apr 9, 2018 oleh .

Dengan pelancaran iPad terbaru mereka beberapa minggu yang lalu, Apple cuba bersaing dengan Chromebook sebagai “komputer” pilihan di dalam kelas. Hanya beberapa hari sebelum ia dilancarkan, Acer Chromebook Tab 10 dilancarkan sebagai tablet Chrome OS pertama.

Hari ini HP Chromebook x2 dilancarkan dan ia dihasilkan sebagai pesaing kepada sebuah iPad Pro. Ia dilengkapi skrin 12.5″ IPS LCD QHD, dijana pemproses Intel Core m3 Kaby Lake, memori sehingga 8GB RAM GDDR3, storan 32GB, kamera hadapan 5-Megapixel, kamera belakang 13-Megapixel dan bateri yang mampu bertahan hampir 11 jam.

Tidak seperti iPad Pro, Chromebook x2 dilengkapi dua port USB-C dan satu pembaca kad mikro-SD. Terdapat aksesori papan kekunci yang bersambung pada bahagian bawah tablet serta sokongan stylus. HP Chromebook x2 akan mula dijual pada bulan 10 Jun hadapan dengan harga bermula dari $599.99 (~RM 2324) sebuah.


TIPS & ULASAN