Cari @ Amanz

Apple hari ini telah memperkenalkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dalam warna merah dibawah edisi (Product) RED. Ia akan dijual secara berperingkat bermula penghujung minggu ini, dan disasarkan untuk dipasarkan di Malaysia pada bulan April ini.

Apple iPhone 8 RED

iPhone 8 dan iPhone 8 Plus berwarna merah ini akan hadir dalam pilihan storan 64GB dan juga 256GB – dan dijangka ditawarkan pada harga yang lebih kurang sama seperti model iPhone 8 sedia ada.

Apple iPhone 8 RED

Seperti ramai sedia maklum, dibawah penawaran edisi (Product) RED ini, sebahagian daripada dana pembelian akan disumbangkan kepada Global Fund HIV/AIDS dalam pelbagai program mengatasinya. Apple mengatakan sejak menawarkan produk dibawah (RED) ini sejak 2006 yang lepas, mereka telah menyumbang lebih $160 juta kepada yayasan berkenaan.

Bagi anda yang ingin mendapatkan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus dalam pilihan warna merah, ini mungkin peluang anda untuk mendapatkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd