Cari @ Amanz

Gambar pertama yang saya muat turun ketika mengakses internet buat pertama kali bukanlah Babyrina tetapi adalah nota bunuh diri yang ditulis oleh Kurt Cobain. Sebagai seorang remaja sekolah menengah, nota bunuh diri beliau meninggalkan impak yang besar lebih dua puluh tahun yang lalu. Bagi peminat Cobain, tulisan tangan beliau kini ditawarkan sebagai muka taip percuma untuk digunakan pada komputer.

Selain Cobain tulisan tangan David Bowie, John Lennon, Leonard Cohen dan Serge Gainbourg turut ditawarkan sebagai muka taip percuma. Kesemua muka taip ini adalah di bawah projek Song Writer’s Fonts oleh dua orang pereka Nicolas Damiens dan Julien Sens. Lima penyanyi ini dipilih kerana memberikan impak kepada dua orang pereka ini semasa mereka membesar. Bagi yang berminat, kesemua muka taip ini boleh dimuat turun menerusi pautan di bawah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd