Carian
Uber Mengambil-Alih Perkhidmatan Perkongsian Basikal Elektrik – Jump
April 9, 2018 Aman

Uber hari ini telah pun menarik diri mereka dari sejumlah negara sekitar rantau Asia Tenggara. Selain daripada itu, mereka juga hari ini membuat kejutan dengan mengambil-alih perkhidmatan perkongsian basikal elektrik popular di Amerika Syarikat, iaitu Jump.

Uber Bike

Untuk makluman, Uber sebelum ini telah bekerjasama dengan Jump untuk memudahkan tempahan basikal elektrik berkenaan terus melalui aplikasi Uber. Dengan pengambil-alihan ini, ia sekaligus memberikan petanda yang mana ciri berkenaan akan diintegrasikan dengan lebih mendalam pada Uber – selain mungkin aplikasi sedia ada Jump akan dihentikan.

Jump sebelum ini membolehkan pengguna menggunakan aplikasi mudah-alih untuk meminjam sementara sesuatu basikal elektrik dan memandunya ke destinasi yang diinginkan. Ia menjadi mod pengangkutan alternatif selain daripada menaiki kenderaan yang disediakan oleh Uber.

Di Malaysia, antara perkhidmatan basikal yang popular adalah termasuk oBike, Mobike, ofo dan sebagainya. Mungkinkah kita melihat Grab turut mengambil-alih salah satu syarikat untuk hadir dengan alternatif lebih kurang sama untuk rantau Asia Tenggara ini?

Komen