Cari @ Amanz

Skrin dengan rekaan bertakuk telah menjadi popular sejak awal tahun ini, memperlihatkan sejumlah pengeluar menggunakannya, termasuk yang paling terbaru adalah Huawei melalui siri Huawei P20. Walaupun ia boleh dikatakan tidak begitu disukai oleh segelintir pengguna, namun ia tidak menghentikan pengeluar untuk menggunakan rekaan berkenaan.

ZTE Iceberg

Terkini, ZTE melangkah setapak lagi kehadapan, dan hadir dengan rekaan peranti konsep menggunakan rekaan dwi-takuk pada skrin – iaitu pada bahagian atas dan bawah.

Peranti ini yang dinamakan sebagai ZTE Iceberg ini dilengkapi rekaan nirbingkai, dan menggunakan rekaan penjuru peranti berasaskan kaca lutsinar. Untuk rekaan takuk, ia menyertakan kamera pada takuk atas, dan speaker serta mikrofon pada takuk bahagian bawah.

ZTE Iceberg

Peranti ini baru pada peringkat konsep sahaja, tetapi tidak mustahil untuk kita melihat ia direalisasikan.

Bagi anda sendiri, apa kata anda mengenai rekaan bertakuk ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd