Peranti Realiti Gabungan North Star Menyokong Kawalan Seakan Omni-Tools Mass Effect

Peranti Realiti Gabungan North Star Menyokong Kawalan Seakan Omni-Tools Mass Effect

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Peranti realiti gabungan dijangka mendatangkan impak kepada kehidupan harian dalam masa terdekat. Teknologi ini membolehkan objek maya berinteraski dengan dunia sebenar. Antara aplikasi menarik ialah melihat organ ketika pembedahan dan memudahkan proses menggantikan komponen kenderaan. Leap Motion turut mempunyai idea bagaimana realiti gabungan boleh digunakan dengan memperlihatkan rekaan North Star.

North Star ialah peranti realiti gabungan mereka yang dwi skrin masing-masing beresolusi 1600×1440 pixel dan menyokong 120FPS. Apabila digabungkan dengan sistem penjejak tangan (hand tracking) Leap Motion, hasilnya ialah antaramuka yang mengingatkan kami kepada Omni-Tools dari permainan video Mass Effect.

Beberapa demo telah dimuat naik bagi menunjukkan bagaimana antaramuka maya berinteraksi dengan tangan pemakai North Star. Ia adalah sesuatu yang tidak pernah kami lihat sebelum ini dan adalah amta lancar. Lepa Motion tidak bercadang untuk menghasilkan peranti realiti gabungan mereka sendiri. North Start hanya sekadar prototaip dan mereka hanya melesenkan perisian kepada pengeluar yang berminat.


TIPS & ULASAN