Cari @ Amanz

Benda yang paling ditakuti pengguna telefon pintar kelas utama ialah kos baik pulih sekiranya berlaku kerosakan. Penggunaan pelbagai teknologi canggih bermakna kos menggantikannya boleh menyebabkan dompet menjadi kosong. Setiap kali peranti baru muncul, iFixit akan mengeluarkan skor betapa mudahnya peranti dibaiki. Di dalam kes Huawei P2o Pro, ia didapati lebih sukar dibaiki berbanding iPhone X.

Peranti ini diberikan markah 4/10 dari segi kemudahan dibaiki. iPhone X diberikan 6/10 manakala Galaxy S9+ turut menerima 4/10. Ketiga-tiga peranti masih lebih mudah dibaiki berbanding Essential Phone yang diberikan skor 1/10. Menurut iFixit kebanyakan komponen adalah modular dan mudah dibaiki. Tetapi mereka mendapati proses menggantikan bateri adalah agak sukar dan mengambil masa.

Membuka peranti meningkatkan risiko panel kaca belakang retak dan menukar skrin hadapan adalah leceh kerana penggunaan gam. Oleh itu sekiranya anda sudahpun memiliki P20 Pro, adalah perlu bagi anda membeli kerangka tahan lasak bagi mengurangkan risiko berlakunya kerosakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd