iFixit melakukan “pembedahan” ke atas Huawei P20 Pro semalam dan memberikannya markah 4/10 dari segi kemudahan membaik pulih. Ini meletakkannya setanding dengan Galaxy S9+ tetapi lebih rendah berbanding iPhone X.
Ketika komponen dibuka satu persatu, iFixit mendapati sistem penstabilan optikal OIS sebenarnya digunakan pada ketiga-tiga modul kamera. Secara rasminya Huawei mengatakan hanya sensor kamera utama 8-Megapixel untuk zoom optikal dilengkapi sistem OIS. Modul kamera berwarna 40-Megapixel dan 20-Megapixel monokrom pula diiklankan menggunakan sistem penstabilan dengan kecerdasan buatan.
Tidak diketahui mengapa ini dilakukan oleh Huawei pada waktu ini. Samsung Galaxy Note 8 ialah peranti pertama dengan sistem OIS pada kedua-dua kamera diikuti pula oleh iPhone X.