Nokia 1 Dengan Android Go Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM339

Nokia 1 Dengan Android Go Kini Ditawarkan Di Malaysia – Berharga RM339

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Bersama-sama dengan pengenalan Nokia 7 Plus, pihak Nokia Mobile turut melancarkan telefon pintar dengan spesifikasi asas dan harga mampu-milik, iaitu Nokia 1.

Nokia 1 hadir dengan sistem operasi Android Oreo Go Edition, yang mana merupakan sistem operasi Android yang lebih dioptimasikan untuk telefon pintar berspesifikasi rendah. Ia turut hadir dengan sejumlah aplikasi edisi Go terbina, termasuk YouTube Go, Google Maps Go, dan sebagainya.

Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 4.5-inci IPS LCD FWGA, menggunakan cip MediaTek MT6737M, memori 1GB RAM, dan storan 8GB. Ia turut menggunakan kamera belakang 5-megapixel dan juga kamera hadapan 2-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 2150mAh.

Di Malaysia Nokia 1 ini akan ditawarkan pada harga RM339, ditawarkan bermula daripada 13 April


TIPS & ULASAN