Carian
Nokia 7 Plus Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia – Berharga RM1699
April 10, 2018 Aman

Nokia Mobile hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Nokia 7 Plus. Hadir dengan rekaan premium dan spesifikasi pertengahan, Nokia 7 Plus ditawarkan pada harga RM1699 di Malaysia.

Nokia 7 Plus hadir dengan skrin 6-inci IPS LCD FHD+, dijana menggunakan cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM dan storan 64GB. Untuk rakaman gambar, ia menggunakan dwi-kamera Zeiss di belakang, dan juga kamera hadapan 16-megapixel. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3800mAh.

Nokia 7 Plus ini turut hadir dengan Android One, dimana ia menggunakan antaramuka asli Android tanpa sebarang penambahan perisian gendut, selain menjanjikan kemaskini semasa dengan lebih pantas berbanding kebiasaan.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Nokia 7 Plus ini pada harga RM1699 bermula 20 April 2018 ini.

Komen