Oppo F7 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 April 2018

Oppo F7 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 April 2018

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Oppo Malaysia hari ini telah mula menghantar jemputan media untuk acara pelancaran telefon pintar mereka yang terbaru, iaitu Oppo F7. Oppo akan melancarkannya di Malaysia pada 19 April 2018 kelak.

Oppo F7 Neelofa

Oppo F7 merupakan telefon pintar dengan rekaan skrin takuk, menggunakan skrin 6.23-inci dengan paparan HD penuh, cip MediaTek Helio P60, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB. Ia menggunakan kamera belakang 16-megapixel, dan kamera hadapan 25-megapixel. Menjananya juga adalah bateri berkapasiti 3400mAh.

Kita akan mengetahui lanjut mengenai harga jualan dan tarikh ia akan mula dijual untuk pasaran tempatan pada 19 April ini kelak.


TIPS & ULASAN