Carian
LG
Imej Pengolokan Rasmi LG G7 ThinQ Tertiris Menujukkan Lima Pilihan Warna
April 10, 2018 Effi Saharudin

LG G7 ThinQ ialah nama yang akan digunakan untuk peranti utama LG pada separuh tahun pertama 2018. Beberapa imej yang tertiris sebelum ini mengesahkan peranti ini akan menggunakan skrin bertakuk dan mengekalkan sistem dwi kamera. Ia juga akan menggunakan sistem kecerdasan buatan pada aplikasi kamera sama seperti LG V30S ThinQ.

Imej pengolokan rasmi LG G7 ThinQ telahpun tertiris. Dari imej diatas peranti ini akan ditawarkan dalam lima warna iaitu Aurora Black, Platinum Grey, Moroccan Blue, Moroccan Blue (Matte), dan Raspberry Rose. Tidak seperti G6, dwi-kamera kini disusun secara menegak dengan kedudukan pengimbas cap jari juga terletak sedikit ke bawah.

Komen