AirAsia Mengecualikan Bayaran Pertukaran Tarikh Penerbangan Sempena Pilihanraya Umum

AirAsia Mengecualikan Bayaran Pertukaran Tarikh Penerbangan Sempena Pilihanraya Umum

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Pilihanraya Umum ke-14 akan diadakan pada 9 Mei hadapan. Pengumumannya dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia pagi tadi. Bagi pelanggan Air Asia yang ingin melakukan pertukaran tarikh penerbangan, mereka akan mengecualikan bayaran pertukaran sempena PRU.

Pelanggan perlu melakukan pertukaran tarikh dalam masa 10 hari selepas tarikh pengumuman PRU dilakukan. Walaubagaimanapun pengecualian bayaran ini hanya boleh dilakukan sekali sahaja. Untuk cara melakukan perubahan tarikh serta terma dan syarat penuh, anda boleh melayari laman Air Asia di bawah.


TIPS & ULASAN