Instagram Menguji Ciri Seumpama Snapchat Snapcode Dinamakan Nametags

Instagram Menguji Ciri Seumpama Snapchat Snapcode Dinamakan Nametags

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Instagram sedia menguji beberapa ciri-ciri baru pada aplikasi mereka. Terkini, ia dilihat Instagram sedang menguji sebuah ciri baru yang dinamakan sebagai Nametags. Melalui ciri ini, ia akan menyediakan sebuah paparan kod khusus yang boleh diimbas untuk tujuan menambah atau mengikuti seseorang pengguna dengan lebih mudah.

Bagi pengguna Snapchat, mungkin sedia maklum yang mana Nametags ini menawarkan ciri lebih kurang sama seperti Snapcode pada aplikasi Snapchat.

Dengan penawaran Nametags ini, ia bukan sahaja akan memudahkan pengguna untuk menarik pengikut baru, tetapi juga akan memudahkan proses pemasaran oleh jenama dan organisasi menggunakan kod khusus ini supaya pengguna umum mengikuti akaun Instagram mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Instagram akan memperkenalkan ciri baru ini kepada umum.


TIPS & ULASAN