LG G7 ThinQ Bakal Dilancarkan Pada 2 Mei 2018
LG

LG G7 ThinQ Bakal Dilancarkan Pada 2 Mei 2018

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

LG hari ini mengesahkan yang mana telefon pintar akan datang mereka bakal dikenali dengan nama LG G7 ThinQ. Dengan fokus terhadap ThinQ, kita akan dapat melihat integrasi pelbagai ciri-ciri kecerdasan buatan pada telefon pintar ini, termasuk pada bahagian kamera dan sebagainya.

LG mengatakan LG G7 ThinQ ini akan dilancarkan pada 2 Mei 2018 kelak, namun tiada sebarang tarikh diberikan berkenaan bilakah ia akan dijual dan sebagainya.

Peranti ini akan menjadi peranti skrin bertakuk pertama LG selepas sebelum ini menggunakan skrin nirbingkai FullVision Display. Ia dipercayai akan dijana pemproses Snapdragon 845, menggunakan sistem dwi-kamera dengan zoom optikal dan sistem kecerdasan buatan. Kamera boleh melakukan tetapan automatik bagi menghasilkan gambar yang terbaik mengikut situasi. Sistem Qlens pula adalah seakan Google Lens yang mengenalpasti objek yang terpapar pada skrin.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 2 Mei ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh LG melalui telefon pintar baru mereka ini.


TIPS & ULASAN