Dron Lockheed Untuk Program MQ-25 Berkongsi Komponen Dengan Pesawat Pejuang Sedia Ada

Dron Lockheed Untuk Program MQ-25 Berkongsi Komponen Dengan Pesawat Pejuang Sedia Ada

Diterbitkan pada Apr 10, 2018 oleh .

Program Unmanned Carrier Aviation Air System (UCAAS) dimulakan bagi menghasilkan dron pengisi minyak untuk kegunaan pada kapal pengangkut pesawat. Boeing telah memperlihatkan dron mereka beberapa minggu yang lalu. Kini tiba giliran Lockheed memperlihatkan rekaan mereka.

Dron mereka mempunyai rekaan “flying wing” seperti yang dilihat pada pesawat pengebom Northrop B-2 Spirit. Keunikan sistem Lockheed ialah ia berkongsi komponen dengan pesawat pejuang yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat. Dron ini menggunakan enjin F404 yang digunakan pada Boeing F/A-18D. Sistem elektronik dan roda pesawat pula adalah sama seperti yang digunakan pada Lockheed Martin F-35C.

Dengan perkongsian komponen ini, Lockheed berharap dron mereka akan dilihat sebagai pilihan yang lebih maakul berbanding dron rekaan Boeing dan General Atomics. Pemenang pertandingan UCAAS ini akan menerima kontrak membina 72 dron dan dijangka memulakan operasi pada tahun 2026 kelak.


TIPS & ULASAN