Cari @ Amanz

Perisian pengurusan fail adalah penting dalam sesebuah peranti baik telefon pintar ataupun komputer riba. Pada zaman Windows 3.0, perisian pengurusan fail ketika itu adalah antara yang paling mudah untuk digunakan. Ia menggunakan konsep drag & drop.

Semalam, Microsoft melancarkan sumber kod untuk perisian pengurusan fail tersebut di Github di bawah perlesanan MIT OSS. Sumber kod ini akan digabungkan di bawah Windows 10.Bagi mereka yang merindui sistem pengurusan fail dengan rekaan retro ini anda boleh memuat turunnya secara percuma.

Disebabkan kod ini baru sahaja hadir di laman github semalam, sama-sama kita nantikan jika ada pembangun tampil dan menggabungkan kod ini untuk menjadikan satu perisian pengurusan fail yang menarik.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd