Instagram Kini Membolehkan Anda Merakamkan Gambar “Bokeh” Melalui Mod Kamera “Focus”

Instagram Kini Membolehkan Anda Merakamkan Gambar “Bokeh” Melalui Mod Kamera “Focus”

Diterbitkan pada Apr 11, 2018 oleh .

Instagram FocusInstagram sedia mempunyai beberapa mod rakaman menarik pada aplikasi mereka, dan kini menambahnya adalah mod rakaman baru dinamakan Focus. Menariknya mengenai mod baru ini adalah dimana pengguna boleh menggunakan kamera pada telefon pintar mereka untuk merakamkan gambar potrait dengan kesan bokeh – iaitu bahagian latar yang sedikit dikaburkan berbanding rakaman gambar biasa.

Mod Focus ini akan mengaburkan bahagian latar apabila ia mengecam wajah pada rakaman. Pengguna boleh merakamkan gambar atau video melalui mod ini – dan menambah suntingan selepas merakamkannya.

Focus ditawarkan untuk iPhone 6S dan terkini, selain ditawarkan untuk beberapa peranti Android terpilih. Bagi anda yang menggunakan Instagram, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menyemak sama ada peranti anda menyokong mod Focus ini ataupun sebaliknya.


TIPS & ULASAN