Aplikasi Google Phone Beta Menghantar Panggilan Dari Penipu Terus Ke Peti Mel-Suara

Aplikasi Google Phone Beta Menghantar Panggilan Dari Penipu Terus Ke Peti Mel-Suara

Diterbitkan pada Apr 11, 2018 oleh .

Bulan lepas kami mencuba aplikasi Truecaller, iaitu aplikasi panggilan telefon yang boleh terus menyekat panggilan-panggilan penipu, insurans atau istilah lain ialah Macau Scam.

Semalam, Google melancarkan program Beta untuk aplikasi panggilan telefon mereka Google Phone. Ia membawa satu ciri menarik dimana ia kan terus menghantar panggilan dari penipu terus ke peti mel suara.

Berbeza dengan Truecaller, pengguna tidak akan mendengar sebarang nada dering atau notifikasi dari aplikasi Google Phone. Akan tetapi, nombor telefon daripada panggilan-panggilan penipu tadi akan tersenarai dalam senarai recent calls pengguna. Pengguna tidak lagi akan diganggu dan semua tapisan panggilan dilakukan secara automatik.

Buat sementara waktu ini, pengguna boleh mencuba fungsi ini melalui program beta dan versi stabil akan ditawarkan melalui kemaskini dalam beberapa minggu lagi.

Muat turun aplikasi  Google Phone (Beta) dari Play Store


TIPS & ULASAN