Bagaimana Menyemak Status Pendaftaran Anda Sebagai Pemilih Untuk PRU?

Bagaimana Menyemak Status Pendaftaran Anda Sebagai Pemilih Untuk PRU?

Diterbitkan pada Apr 11, 2018 oleh .

Pilihan Raya Ke-14 bakal diadakan pada 9 Mei 2018 kelak, dan semestinya ramai yang akan mula menyemak status daftar pemilih masing-masing bermula hari ini. Untuk memudahkan proses berkenaan, pihak Suruhanjaya Pilihanraya sendiri menyediakan aplikasi rasmi untuknya.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar iPhone atau Android, anda boleh memuat-turun sebuah aplikasi khusus yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya, iaitu MySPR Semak. Melaluinya, pengguna boleh membuat semakan daftar pemilih, dan mengetahui status mereka, selain lokasi tempat mengundi semasa pilihan raya. Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan MyKad, dan ia akan memaparkan informasi anda dan juga lokasi mengundi anda.

MySPR Semak

Muat-Turun MySPR Semak untuk Android

Muat-Turun MySPR Semak untuk iPhone

Selain daripada aplikasi rasmi, pengguna turut boleh melakukan semakan pantas untuk informasi ini melalui laman rasmi Semakan Daftar Pemilih hari ini.

Layari : Semakan Daftar Pemilih


TIPS & ULASAN