Cari @ Amanz

Chromecast adalah peranti yang membolehkan video dan muzik distrimkan dari telefon pintar terus ke televisyen. Google turut memperkenalkan Chromecast Ultra yang membenarkan pengguna menikmati penstriman media dalam resolusi 4K.

Sebuah peranti yang dilihat seakan Chromecast melepasi pengkalan FCC. Peranti dikatakan adalah Android TV Stick jenama Google dan dikilanhkan oleh Shenzhen SEI Robotics. Berbeza dengan Chromecast, Android TV mempunyai lebih banyak fungsi dan ciri.

Android TV Stick ini dilihat mempunyai memori 2GB of RAM dan 8GB storan dalaman. Ia juga menyokong resolusi 4K/60fps dan dikuasakan dengan pemproses AmLogic S905X. Ia juga dilihat menjalankan Android Oreo 8.0. Turut tertiris adalah buku panduan penggunaan alat kawalan jauh Android TV Stick ini. Ia mempunyai butang Google Assistant terbina dan boleh diakses dengan mudah.

Pada acara MWC 2018, Xiaomi turut memperlihatkan Mi Box mereka dengan versi Android TV berasaskan Android Oreo serta alat kawalan jauh dengan butang Google Assistant terbina. Android TV Stick ini berkemungkinan membawa ciri dan fungsi yang hampir sama dengan Mi Box.

Jika Chromecast Ultra yang hanya mampu menstrim media ditawarkan pada harga $69 (~RM267). Android TV Stick dengan banyak fungsi dan ciri ini mungkin akan ditawarkan pada harga yang lebih mahal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd