Cari @ Amanz

Setiap tahun kami sekurang-kurangnya akan menaiki penerbangan yang mengambil masa melebihi 16 jam untuk tiba ke destinasi. Kerap kali bagi mengurangkan kos kami hanya membeli tiket kelas ekonomi. Ruang tempat duduknya sempit dan kurang selesa. Di zaman awal Era Jet enam puluh tahun yang lalu. ramai mengharapkan ruang di dalam pesawat adalah lebih selesa dari sekarang.

Airbus telah berkongsi konsep dimana ruang kargo pesawat diubahsuai menjadi ruang tidur tambahan, taman permainan kanak-kanak, bilik mesyuarat dan juga ruang santai dengan tingkap besar. Ini menghidupkan semula konsep kapal terbang seperti kapal persiaran dengan pelbagai kemudahan yang selesa. Pihak Airbus bercadang menjadikan konsep-konsep kabin ini realiti buat pelanggan A330 dan A350 XWB menjelang 2020.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd