Cari @ Amanz

Mendiang Steve Jobs pernah berkata “pengguna tidak tahu apa yang mereka perlukan sehingga ia ditunjukkan kepada mereka”. Ini adalah benar dalam penghasilan telefon pintar dan tablet. Hanya sedekad yang lalu telefon pintar bukanlah produk yang diperlukan tetapi kini sukar untuk membayangkan hidup tanpanya.

OtoSet ialah pencuci telinga yang kelihatan seperti sepasang fon kepala. Apabila dipasang pada telinga, ia mencuci saluran telinga luar dengan menggunakan air dan hidrogen peroksida. Menurut pereka OtoSet, kedua-dua belah telinga dapat dibersihkan dalam masa hanya 35 saat. Mereka juga mendakwa ia lebih selamat berbanding menggunakan kapas telinga. Saya secara peribadi kerap mengalami masalah telinga tersumbat, OtoSet ialah alat yang menarik bagi insan seperti kami. Ia kini sedang menjalani ujian beta tanpa tarikh bilakah ia akan dilancarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd