Cari @ Amanz

Sebanyak 75 juta dari 169.5 juta pelanggan Spotify adalah pengguna berbayar. Kekurangan penstriman secara percuma ialah iklan yang muncul dengan kerap serta lagu yang tidak boleh dilangkau sesuka hati. Ini antara penyebab lebih 2 juta pengguna didapati “melanun” perkhidmatan penstriman muzik ini.

SpotifyMenurut laporan Bloomberg, Spotify akan memperkenalkan pakej baru untuk pengguna penstriman percuma. Mereka mungkin dibenarkan mengakses senarai main dengan lebih pantas serta mengawalnya dengan lebih mudah terutamanya dari aplikasi telefon pintar. Ini diharap akan menarik minat pengguna percuma untuk menjadi pelanggan berbayar. Mereka mensasarkan untuk mempunyai 95 juta pengguna berbayar menjelang penghujung 2018.

Adakah anda pengguna percuma? Sekiranya ya apakah yang anda ingin diperkenalkan pada versi percuma Spotify?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd