Sejauh manakah paranoid anda terhadap keselamatan di atas talian. Saya di tahap tinggi kerana mempunyai kata laluan berbeza untuk laman-laman web berbeza. Ini semua gara-gara digodam hampir sedekad yang lalu yang mengakibatkan kandungan Blogserius dipadam. Tetapi harus diakui menghafal kata puluhan kata laluan ini amat sukar. Oleh itu kebolehan melong masuk laman web menggunakan imbasan biometri amat saya alu-alukan.
Badan W3C dan FIDO Alliance telah mengumumkan standard baru WebAuthn yang membolehkan imbasan biometri digunakan untuk melakukan log masuk. Imbasan wajah, cap jari dan juga kunci USB akan disokong oleh WebAuthn. Buat masa ini hanya pelayar Firefox menyokong WebAuthn dengan Chrome serta Edge bercadang menyokongnya dalam di dalam versi terkini pelayar mereka.
Sistem imbasan wajah dan jari kini sudah menjadi fungsi standard pada kebanyakan peranti mudah alih. Maka sokongan log masuk menggunakan imbasan biometri adalah sesuai dengan peredaran zaman.
Sumber FIDO Alliance dan Engadget