Honor Malaysia Mengemaskini Harga Jualan Honor View 10 Dan Honor 7X

Honor Malaysia Mengemaskini Harga Jualan Honor View 10 Dan Honor 7X

Diterbitkan pada Apr 11, 2018 oleh .

Honor Malaysia hari ini telah mengemaskini harga jualan Honor View 10 dan juga Honor 7X, sekaligus memperlihatkan potongan harga jualan berbanding harga pengenalan sebelum ini.

Honor View 10 yang hadir dengan sejumlah ciri-ciri premium, termasuk intergasi kecerdasan buatan pada bahagian kamera, penggunaan cip Kirin 970, memori 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB ini kini ditawarkan pada harga RM1899.

Sementara Honor 7X yang hadir dengan rekaan nirbingkai, serta pelbagai penawaran ciri-ciri asas telefon pintar kini ditawarkan pada harga RM899.

Kedua-dua peranti ini boleh didapati dengan harga jualan baru ini bermula daripada hari ini melalui pengedar Honor seluruh negara.


TIPS & ULASAN