Cari @ Amanz

Google secara perlahan-lahan mengemaskini antaramuka beberapa perisian, aplikasi dan perkhidmatan web mereka. Ini mungkin adalah kerana untuk pengenalan Material Design 2.0 yang akan diumumkan secara rasmi pada acara Google I/O tidak lama lagi.

Sebelum ini mereka sudah pun menguji elemen baru dalam Google Maps dan menguji pelancar untuk Pixel 3. Kini Google dilihat sedang menguji antaramuka baru Google Images versi peranti mudah alih pada desktop.

 

Google Images web baru ini dilihat menggunakan antaramuka yang sama dengan Google Images versi peranti mudah alih. Di bawah setiap carian gambar terdapat butiran gambar yang ringkas berserta dengan pautan sumber. Apabila sesuatu gambar diklik butiran lengkap akan dipaparkan di bahagian kiri dan gambar akan dipaparkan di bahagian kanan.

Kini terdapat juga butang kongsi yang memudahkan perkongsian gambar terus ke sosial media. Buat masa ini hanya sebahagian pengguna dapat menggunakan antaramuka baru ini.  Sama-sama kita nantikan perubahan ke arah Material Design 2.0.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd