Cari @ Amanz

Samsung Galaxy J7 Duo telah dilancarkan di India hanya beberapa jam yang lalu. Ia adalah peranti ke-lima keluaran Samsung yang dilengkapi sistem dwi kamera. Ia sebenarnya sebuah Samsung Galaxy J7+ dengan spesifikasi pemproses dan kamera hadapan yang berbeza.

Galaxy J7 Duo dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh. dijana pemproses Exynos 7 Series, memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 32GB. Kamera utama menggabungkan sensor 13+5 Megapixel f/1.9 manakala kamera hadapan pula sebesar 8-Megapixel f/1.9. Sebagai perbandingan Galaxy J7+ dijana pemproses MediaTek Helio P20 dan kamera hadapan 16-Megapixel. Spesifikasi lain adalah serupa.

Bateri sebesar 3000 mAh membekalkan kuasa kepada peranti yang menggunakan Android Oreo ini. Di India peranti ini dijual pada harga INR 16,990 (~RM 1008) sebuah dengan pilihan warna hitam dan emas.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd