Google Dijangka Memperkenalkan Rekaan Baru GMail Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Apr 12, 2018. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

GMail merupakan salah satu perkhidmatan emel yang popular dan digunakan ramai diseluruh dunia. Terkini, ia dilaporkan yang mana Google akan memperkenalkan kemaskini antaramuka dan menambah beberapa ciri-ciri pada pada web GMail dalam minggu-minggu akan datang.

Melalui kemaskini akan datang, ia dijangka memberikan nafas baru dengan paparan GMail yang lebih kemas di web, selain turut menyertakan ciri-ciri baru seperti Smart Reply, sokongan luar-talian dan sebagainya.

Ia boleh dikatakan telah sekian lama antaramuka GMail kekal seperti itu sahaja, dan pengenalan rekaan baru akan memberikan pelbagai impak positif kepada perkhidmatan emel berkenaan.

Pihak Google masih belum mengumumkan perubahan baru akan datang ini, dan dijangka diumumkan dalam masa terdekat ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami