Motorola masih mempunyai kepercayaan peranti modular mempunyai pasaran di dunia. Pelbagai aksesori Moto Mods dilancarkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Bagi yang inginkan sebuah speaker, Moto Stereo Speaker telah dilancarkan di Amerika Syarikat.
Berbeza dengan Moto Mods JBL Soundboost sebelum ini, Moto Stereo Speaker tidak dilengkapi bateri terbina. Keseluruhan kuasa akan disedut dari bateri peranti. Tongkat untuk meletakkan peranti pada sisi menegak pula berbentuk bulat. Moto Stereo Speaker dijual pada harga $60 (~RM 232) sebuah dan disokong oleh semua peranti di dalam keluar Moto Z.