Cari @ Amanz

OnePlus 6 akan dilancarkan dalam masa terdekat kerana pihak OnePlus telah mula berkongsi beberapa imej acah peranti ini. Semalam gambar sebuah OnePlus 6 telah dimuat naik dan ia diletakkan di bawah sebuah OnePlus 5T. Walaupun hanya bahagian sisi kelihatan, ia jelas menunjukkan perubahan pada rekaan berbanding model terdahulu.

Pertama sekali butang lungsur mematikan notifikasi yang sinonim dengan OnePlus tidak lagi terletak pada sisi kiri. Sebaliknya sisi kini kini mempunyai talam SIM. Turut kelihatan ialah rekaan antena yang berbeza serta panel belakang yang mungkin diperbuat daripada kaca. Adakah ini petanda akhirnya OnePlus akan menyokong pengecasan tanpa wayar yang semakin menjadi fungsi standard? Sama-sama kini nantikan jawapan kepada persoalan ini apabila peranti dilancarkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd