LG Membuka Pusat Penambahbaik Perisian Bagi Mempercepatkan Proses Kemaskini Telefon Pintar
LG

LG Membuka Pusat Penambahbaik Perisian Bagi Mempercepatkan Proses Kemaskini Telefon Pintar

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Kemaskini perisian Android dijangka menjadi semakin pintas dengan pengenalan Project Treble. Ia diperkenalkan menerusi Android Oreo dan ini membolehkan perisian dikemaskini tanpa perlu menanti kustomasi dari pengeluar. Tahun demi tahun Android kerap di belakang iOS dalam peratusan penggunaan versi terkini sistem operasinya.

LG bukanlah syarikat yang pantas memberikan kemaskini. Oleh itu untuk mempercepatkan proses kemaskini Software Upgrade Center telah dibuka di Magok-dong, Korea Selatan. Mereka kini sedang menumpukan perhatian untuk memberikan kemaskini Oreo pada peranti LG G6 bulan ini di Korea Selatan sebelum diberikan secara global.


TIPS & ULASAN