Antaramuka Baru GMail Untuk Web Diperlihatkan – Hadir Dengan Sokongan Smart Reply

Antaramuka Baru GMail Untuk Web Diperlihatkan – Hadir Dengan Sokongan Smart Reply

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Pada awal hari ini, kita telah mendengar yang mana Google dalam perancangan untuk memperkenalkan antaramuka baru untuk GMail pada web, dan kini, beberapa gambar paparan skrin untuk GMail baru berkenaan tertiris ke arena web melalui Android Authority.

GMail untuk web baru ini hadir dengan rekaan menggunakan elemen Material Design, yang mana mengekalkan antaramuka lebih kurang sama seperti sedia-ada tetapi dengan nafas baru dan menggunakan rekaan lebih kemas dan teratur.

GMail Baru

Google juga dilihat akan mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri baru bersama dengannya, termasuk antaranya adalah sokongan Smart Replies, ciri snooze sesuatu emel, dan kebolehan menggunakan GMail web secara luar-talian. Disamping itu, pengguna turut boleh menambah sidebar dengan pemalam tambahan seperti Google Calendar dan sebagainya.

GMail Baru

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Google akan memperkenalkan rekabentuk GMail baru ini. Mungkin kita akan mendengar lanjut mengenainya pada Google I/O kelak.


TIPS & ULASAN