HMD Global Akhirnya Berkongsi Kod Sumber Kernel Peranti Keluaran Mereka

HMD Global Akhirnya Berkongsi Kod Sumber Kernel Peranti Keluaran Mereka

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

HMD Global diberikan hak menghasilkan peranti pintar berjenama Android sejak dua tahu yang lalu. Di MWC, mereka mengumumkan semua peranti mereka akan menggunakan sistem operasi Android One. Walaupun peranti-peranti ini menggunakan sistem operasi Android One dan Android yang hampir dengan AOSP, HMD Global tidak membenarkan pengguna menyahkunci bootloader peranti.

Perkara ini membuatkan pengguna yang gemar melakukan root, membuat pengubahsuaian atau menggunakan custom ROM kecewa. Baru-baru ini, pihak HMD Global mula melancarkan kod sumber kernel untuk pembangun menggunakannya. Akan tetapi, mereka hanya melancarkan kod-kod ini untuk Nokia 6 generasi pertama dan Nokia 1 yang menggunakan Android Go.

Walau bagaimanapun, disebabkan HMD Global tidak melancarkan alat menyahkunci bootloader, kod sumber kernel ini tidak boleh digunakan untuk membangunkan custom recovery seperti TWRP ataupun membina custom ROM.

Ini juga mungkin salah satu langkah awal untuk pihak HMD Global memberi kebebasan kepada pengguna peranti Nokia sebelum alat menyahkunci bootloader dan pembangun-pembangun mula membina fail modifikasi untuk peranti Nokia. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN