Penghujung Januari lalu, senarai lapan peranti Honor yang akan menerima kemaskini Android Oreo telah dikeluarkan. Antara yang tersenarai ialah Honor 7X. Peranti yang cukup popular ini akan akhirnya menerima kemaskini ke Android Oreo bermula bulan Mei ini.
Kemaskini ini turut akan membawakan kemaskini ke pelancar EMUI 8.0 yang mempunyai sistem kecerdasan buatan bagi memastikan peranti berfungsi dengan lancar sepanjang masa. Di China, Honor akan memberikan kemaskini awal kepada 20,000 pengguna Honor 7X. Pengguna Global dijangka menerima kemaskini yang sama beberapa minggu selepas itu jika kita melihat kepada pola kemaskini Honor sebelum ini.