Cari @ Amanz

Penganalisa dari KGI percaya Apple Watch Series 4 kelak akan dilengkapi skrin yang lebih besar berbanding model-model terdahulu. Ini dipercayai akan dilakukan bukan dengan mengubah saiz kerangka tetapi dengan mengurangkan saiz besar Apple Watch yang kini agak tebal.

Laman PhoneArena telah menghasilkan imej pengolokan di atas. Dengan mengurangkan saiz bezel, skrin kini 15% lebih besar dan jam tangan pintar ini kelihatan lebih moden selari dengan rekaan iPhone terkini. Pengurangan bezel ialah langkah paling menguntungkan Apple kerana aksesori-aksesori lama boleh digunakan semula tanpa masalah. Pengeluar aksesori juga tidak perlu melabur besar untuk acuan aksesori baru. Apakah pendapat anda tentang rekaan baru ini? Menarik ataupun tidak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd