Asus ZenBook 13 UX331UN Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula Dari RM4099

Asus ZenBook 13 UX331UN Memasuki Pasaran Malaysia Dengan Harga Bermula Dari RM4099

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Asus ZenBook 13 UX331UN diperlihatkan pada Januari yang lalu di acara CES 2018. Komputer riba nipis ini akhirnya diumumkan memasuki pasaran Malaysia. Ia dilengkapi skrin 13.3″ HD penuh dengan teknologi bezel nipis NanoEdge.

Dua model dihasilkan masing-masing dengan pemproses Intel Core i7-8550 dan Intel Core i5-8250, memori sehingga 8GB LPDDR3, storan SSD sehingga 512GB NVMe PCIe, storan SATA3 256G M.2 SSD dan grafik NVIDIA GeForce MX150. Sebuah bateri 50Wh disertakan yang mampu memberikan hayat penggunaan sehingga 15 jam. Sistem pengecasan pantas disertakan dengan bateri boleh dicas sehingga 60% dalam masa 49 minit.

Pada waktu yang sama ia melepasi piawaian tahan lasak MIL-STD 810G, dilengkapi papan kekunci berlampu dan pengimbas cap jari terbina pada pad sesentuh. Sistem audio ASUS SonicMaster digunakan dengan pembesar suara Harman Kardon. Komputer riba sudah boleh dibeli sekarang pada harga RM4099 untuk model dengan pemproses Intel Core i-5 dan RM5499 untuk model dengan pemproses Intel Core i-7. Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Windows 10 Home.


TIPS & ULASAN