Cari @ Amanz

Telefon satelit membolehkan panggilan telefon dilakukan tanpa menara sel selular. Ia amat berguna bagi mereka yang bekerja di kawasan pedalaman. Kesemua telefon satelit di pasaran masih lagi kelihatan seperti sebuah feature phone. Thuraya X5-Touch akan mengubah semua  ini kerana ia adalah telefon satelit pintar pertama di dunia.

Thuraya X5-Touch dilengkapi skrin 5.2″ HD penuh dengan kaca Gorilla, mempunyai kemampuan kalis air IP67 dan ketahanan melepasi piawaian MIL STD 8G. Menurut Thuraya, bateri yang disertakan adalah berkapasiti tinggi. Sistem operasi Android digunakan tetapi versi tidak pula diketahui. Maklumat lain mengenai peranti ini masih lagi belum diketahui. Ia akan hanya mula dijual pada suku ke-empat 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd