Peranti Misteri Dari Samsung Muncul Di TENAA Dengan Rekaan Kamera Seakan iPhone X

Peranti Misteri Dari Samsung Muncul Di TENAA Dengan Rekaan Kamera Seakan iPhone X

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Beberapa minggu yang lalu Samsung Galaxy S9 dilancarkan di Malaysia. Kemudian mula kedengaran ura-ura Samsung Galaxy S9 Mini akan dilancarkan pula. Hari ini sebuah peranti misteri memasuki pangkalan data TENAA di China. Rekaannya adalah seakan sebuah Xiaomi Mi MIX 2S tetapi mempunyai spesifikasi yang sama dengan Galaxy S9.

Peranti dengan nombor model SM-G8850 ini dilengkapi skrin 5.8″ SAMOLED QHD+, pemproses dengan kelajuan 2.8 GHz, memori 4/6 GB, dwi-kamera 8+8 Megapixel. kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3000 mAh. Ia menggunakan sistem operasi Android Oreo.

Di atas kertas ia setanding dengan sebuah Galaxy S9 tetapi dengan rekaan kamera belakang yang berbeza. Kamera berubah ke bucu atas sebelah kiri seakan Mi MIX 2S dengan pengimbas cap jari di bahagian belakang. Apakah nama sebenar peranti misteri ini hanya akan diketahui apabila ia dilancarkan di China kelak.


TIPS & ULASAN