Huawei Y6 (2018) Kini Rasmi – Bakal Ke Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini

Huawei Y6 (2018) Kini Rasmi – Bakal Ke Malaysia Pada Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Huawei sedia mempunyai keluarga peranti mampu-milik mereka tersendiri dinamakan siri-Y. Terkini, pihak Huawei telah hadir dengan peranti terbaru dibawah keluarga berkenaan, iaitu Huawei Y6 (2018).

Huawei Y6 2018

Huawei Y6 (2018) hadir dengan skrin 5.7-inci dengan panel pada nisbah 18:9, serta menawarkan resolusi 720p. Ia dijana menggunakan cip Snapdragon 450, memori 2GB RAM, dan storan sehingga 16GB. Untuk rakaman gambar, ia hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel dan kamera hadapan 13-megapixel.

Huawei Y6 2018

Huawei Y6 (2018) ini turut menggunakan Android 8.0 Oreo bersama-sama antaramuka EMUI 8.0, selain dilengkapi bateri berkapasiti 3000mAh. Tiada sebarang pengimbas cap jari, dan sebagai ganti, Huawei menyertakan ciri nyah-kunci berasaskan wajah. Huawei juga menyatakan ia menawarkan pengalaman audio yang baik berbanding beberapa peranti lain dipasaran.

Huawei Y6 (2018) ini dijangka ditawarkan di Malaysia bermula 27 April kelak, dan menawarkan tanda harga jualan sekitar RM620.


TIPS & ULASAN