Apple Memberikan Notifikasi Untuk macOS Mengenai Sokongan Aplikasi 32-bit Yang Akan Ditamatkan

Apple Memberikan Notifikasi Untuk macOS Mengenai Sokongan Aplikasi 32-bit Yang Akan Ditamatkan

Diterbitkan pada Apr 12, 2018 oleh .

Apple sebelum ini telah mengumumkan yang mana kelak mereka akan menghentikan sokongan untuk aplikasi 32-bit, dan hanya memfokuskan sepenuhnya kepada aplikasi 64-bit sahaja. Kini, sebagai langkah akhir untuknya, Apple akan mula memberikan notifikasi kepada pengguna macOS berkaitan sokongan aplikasi 32-bit yang akan ditamatkan tidak lama lagi.

Bagi anda yang menggunakan macOS 10.13.4, anda akan menerima notifikasi apabila membuka aplikasi 32-bit, mengatakan yang mana aplikasi berkenaan tidak dioptimasikan untuk Mac. Walaupun ia mungkin masih boleh digunakan, namun, pengalamannya mungkin tidak sebaik penggunaan aplikasi 64-bit.

Apple sendiri sebelum ini telah mulakan peralihan kepada perkakasan dan perisian 64-bit sejak beberapa tahun lepas. Sebelum ini, Apple telah melengkapkan peralihan untuk iOS, dan kini mereka telah dalam fasa akhir untuk macOS.


TIPS & ULASAN