Cari @ Amanz

Black Shark merupakan salah satu syarikat yang disokong oleh Xiaomi, dan mereka dijangka memperkenalkan telefon pintar memfokuskan permainan dalam masa terdekat ini. Menariknya, kini peranti berkenaan turut diperlihatkan secara ringkas melalui video.

Xiaomi Black Shark

Telefon pertama Black Shark ini dijangka hadir dengan cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM, dan menawarkan rekaan skrin pada nisbah 18:9.

Ia turut menyertakan rekaan khusus dibelakang dalam memberikan keselesaan ketika digunakan untuk bermain secara melintang.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga jualannya. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd